\


Jumaat, 30 Mac 2012

Cheese cake....


TEMPAHAN DR CG...G!!TQVM.....

KOLEKSI PAVLOVA YG MERIAHH...





RUPE PAVLOVAKU YG MERIAH....SEMUA NIH GARA2 KAWAN2 SEKOLAHKU YG NAK SANGAT MAKAN PAVLOVA...DAN NAK TAHU MACAMANA RASENYA....AKHIRNYA TERCIPTALAH PAVLOVAKU YG MERIAH NIH....BANYAK BUAH2AN...D SPONSER OLEH KENKAWANKU DAN JDLAH POT LUCK PADA HARI TU....CMUA BAWA SORANG CKIT MAKANAN.....

Khamis, 29 Mac 2012

Cheese Cake




TEMPAHAN DR USTAZAH NORLAILAWATI...
TERIMA KASIH DAN MOHON MAAF JIKA ADA YG TIDAK PUAS ATI..

Selasa, 27 Mac 2012

KEK OPERA...











Assalamualaikummmm.....

Erm~~sudah ku rase bagaimana nikmatnya makan opera kek ni...hik2...dan betapa nikmatnya bila badanku mula mgembang....haaaaaaa!!dah lama ku pendamkan hajat d hati nak buat kek ni...sekarang dah tercapai hajat nak rasa...mmg sedapppp...rase ngan kopinya,coklatnya,kek yg ade badam...yum2....sedap sungguh...tak rugi buat...!!anak2pun suka...tu yang penting...
bila kepala serabut ngan assgmnt.....mula la tangan nih tercari2 nak buat kek ape..."membaking tenangkan jiwa kacau"...ini la hasilnya....

Tq2 azlita frm:http://fromintankitchen.blogspot.com/2011/10/opera-cake.html
resepi nih sy copy jer.....

Jom kita buat:

Bahan-bahan Kek

Bahan A
200 gm serbuk almond
100 gm gula caster
6 biji telur
Bahan B
50 gm butter - di cairkan
Bahan C
60 gm tepung gandum - diayak
Bahan D
115 gm putih telur - anggaran dalam 3 biji
55 gm gula castor

Panaskan oven pada suhu 200 C. Bila nak masukkan kek turunkan suhu pada 175C.
Sediakan 2 loyang kek 4 segi berukuran 20 x 20 cm.
Sapu loyang dengan sedikit butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak atau baking paper.
Ketepikan

Bahan A
Dalam mangkuk stand mixer, satukan serbuk badam, caster sugar (100 gm), dan 3 biji telur.
Pukul dengan kelajuan maxima selama 10 minit.
Kacau sekali sekala dengan spatula supaya bahagian dasar dan tepi bergaul sempurna.
Tambahkan telur yang lagi 3 biji tadi sebutir demi sebutir dan terus memukul selama 10 minit lagi.
Ambil 4 sudu besar adunan almond ( Bahan A) tadi dan campurkan dalam butter yang telah di cairkan.
Ketepikan

Tambahkan pula tepung yang telah diayak ke dalam baki adunan almond (bahan A)
Kacau adunan dengan kaedah kaup balik sehingga adunan bergaul sempurna.
Ketepikan

Dalam bekas lain, putar putih telur hingga berbuih.
Tambahkan gula castor (50 gm) dan terus putar dengan kelajuan maxima sehingga adunan kaku.
Ambil 1/3 dari adunan putih telur, dan campurkan ke dalam adunan almond (bahan A)
Kacau rata menggunakan spatula dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.
Masukkan baki adunan putih telur, dan kacau lagi dengan kaedah yang sama sehingga adunan sekata.
Tambahkan pula adunan butter yang di campur dengan 4 sudu besar almond ke dalam adunan.
Kacau rata juga dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.
Jangan kacau kuat-kuat kerana kek akan mendap selepas di bakar, jika  aduanan terlebih kacau.

Bahagikan adunan kepada 2 adunan yang sama banyak.
Tuang adunan dalam 2 loyang yang telah di sediakan tadi
Bakar kek dengan suhu 175 C, selama 20 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.

Sekarang kita sediakan pula Moca Buttercream

Mocha Buttercream
100 gm  putih telur - anggaran 3 biji
200 gm gula caster
300 gm unsalted butter - potong kiub
1/2 sudu besar mocha paste
1 sudu teh coffee oil - kalauSatukan putih telur dan gula dalam satu bekas besar.
Sediakan satu periuk kecil dan panaskan air didalamnya.
Dengan kaedah double boiler letakkan mangkuk berisi telur di atas periuk air panas. Pastikan air panas dalam mangkuk tidak kena dasar mangkuk telur.
Panaskan telur dan gula hingga gula larut anggaran suhu (65C) , panaskan anggaran suhu badan 36-38C kalau tak de jangka suhu agak2 aje bila gula dah larut. Jangan sampai telur tu masak pulak ye!
Alihkan dari periuk panas tadi dan terus pukul adunan putih telur dengan mixer berkelajuan maxima sehingga adunan jadi berkilat dan kental.
 tak de boleh guna coffee esen atau coffee paste
Kalau ikut resepi,  masukkan buter satu persatu dalam adunan.
 pukul butter sampai lembut , tambahkan mocha paste dan coffee oil dan putar hingga ia bergaul rata.
Kemudian masukkan adunan telur ke dalam adunan mocha dan kacau rata dengan kaedah kaup balik sehingga ia bergaul sempurna.
Ketepikan

Sekarang kita sediakan pula Chocolate Ganache.

Chocolate Ganache
200 gm coklat gelap kompaun - di didadu kecil
200 gm coklat susu kompaun - di dadu
75 gm butter tanpa garam
250 gm fresh cream
Coklat di potong kecil atau di hiris.
Panaskan fresh cream hingga hangat atau suam-suam. Tutup api
Masukkan coklat dan kacau biar coklat melarut.
Masukkan butter dan kacau hingga adunan bergaul sempurna dan berkilat.
Biarkan ia sejuk dan sedikit likat
Ketepikan

Sekarang kita sediakan coffee syrup.
Coffie syrup yang di cadangkan dalam resepi adalah espresso. Kalau tak de boleh gunakan coffee segera atau nescafe segera pun ok!

Coffee Syrup

100 ml espresso panas - nescafe segera pun ok
100 gm gula - kalau guna nescafe segera tak payah letak gula.

Bila kek dah masak keluarkan dari loyang.
Letakkan atas redai dan biarkan kek sejuk.

Kek yang telah masak tadi kita biarkan betul-betul sejuk sebelum di potong.
Bila kek dah sejuk, potong kek kepada 2 bahagian setiap satu kek. 
Ini bermakna kita akan dapat 4 keping kek yang nipis.
Hati-hati semasa memotong kerana kek ni nipis, mungkin proses memotong agak sukar bagi mereka yang kurang mahir.

Ambil sekeping kek.
Bahagian atas atau bawah kek tadi kita letak di sebelah bawah.
Bahagian yang di potong letak di sebelah atas.
Sapukan permukaan kek dengan coffee syrup tadi.
Sapu sikit-sikit aje jangan sampai basah lencun pulak kek tu ye! nanti kek tu lembik pulak!
Proses ini untuk melembabkan kek di samping memberian aroma dan rasa coffee pada kek.

Kemudian kita letakkan Mocha buttercream di atas kek yang telah kita sapukan coffee tadi.
Ratakan. 
boleh masukkan butter cream tadi dalam piping bag dan paipkan atas kek.

Selepas itu kita lapikkan lagi sekeping kek atasnya.
Tekan-tekan sikit bagi rata dan padat.
Kemudia kita sapukan lagi coffee syrup atas kek.

Selepas tu kita tuangkan  1/2 daripada Chocolate Ganache.
Ratakan.
Kemudian letakkan selapis lagi kek.
Sapukan coffee syrup
Tuangkan Mocha Buttercream atasnya dan ratakan.
Kemudia letak lapisan kek yang terakhir.
Sapukan juga coffee syrup

Boleh masukkan dahulu kek ni dalam peti ais supaya  Mocha Buttercream dan Chocolate Ganache keras.
Anggaran 1 jam.
Keluarka dari peti ais.
Letak kek atas redai dan alas bawahnya dgn tray.
Baki Chocolate Ganache tadi kita panaskan sekejap bagi Chocolate Ganache tu cair.
Tuang atas kek
Kalau ada ring 4 segi yang ukuran 20 x 20 cm lagi bagus.

Masukkan kek dalam ring tu dan tuang chocolate ganache atasnya. 
Jadi lapisan ganache yang terakhir tu akan sama tebal dengan lapisan tengah.
Kemudian simpan kek dalam peti ais dalam 2 atau 3 jam atau sehingga Chocolate Canache keras.
Bila kek dah keras potong dan kemaskan tepi kek.
































Isnin, 19 Mac 2012

SINGGANG SOTONG...



Assalamualaikum....malam ni malas nak masak beriye sangat...letih!!biasa la bila hari pertama mula sekolah...heee.so kita buat makan malam yg simple2 like singgang sotong ni...makanan kesihatan katakan...sebab tak pakai minyakpun...sesekali bleh lah cuba....mmg sedap!!tambah2 kalu d ratah cam tu aje....erm~~yum2...
Jom kita buat......

Bahan-bahan:

1) Sotong (500g)
2) Serai - diketuk (2 batang)
3) Asam (1 keping)
4) Bawang Merah (2 ulas) / bawang besar d mayang
5) Bawang putih di mayang
5) Garam / gula (secukup rasa)
6) Hirisan lada besar(kalu suka)/lada kecil ...

Cara-caranya:
1. Bersihkan sotong dan buang kulitnya.
2. Didihkan air bersama semua bahan-bahan yang lain.
3. Masukkan sotong dan garam secukup rasa.
4. Biar sotong masak dan kuah berwarna sdikit.....

siap...Boleh hidang....

Ahad, 18 Mac 2012

MY LOVELY PAVLOVA...



tuuuuu diaaaa......meleleh ayaq liuq cekkk.....

fsh cream + stobery + Kiwi + coklat masakan......(bole jer nuttela ur cho.choky)




Assalamualaikum....


Alhamdulillah...syukur menjadi juga pavlova ni...dah lama teringin nak cuba makan...ermm rasanya....mmg maveless...heeee.terima kasih buat irmadilondon.blogspot.com...terima kasih ye kongsi resepi tu...tapi saya buat ni tak lah cantik seperti kawan2 yg dah pro buat...boleh la tahan sbb pertama x buat...maringue bila masak...kena hati2 kawan2 sbb mudah pecah...dan sy sedikit tersilap...sepatutnya sy letak maringue di bekas yg leper..sebabnya bila masak di dalam oven maringue pasti mengembang sedikit...dan akan kena d bahagian dinding acuan...nanti maringue yg dah masak cepat pecah bila kita angkatnya.maringue yg nak masukkan dalam oven,kita letak ikut bulatan dalam 7 inci dan guntingkan lebih dr bulatan....nnt masukkan maringue ikut bulatan td shj...kalau boleh kawan2 cuba bt leperkan d tengah dan cuba naikkan sedikit bahagian tepinya.saya dah silap...sy naikkan d bahagian tengah...so kita nak hiaskan buah2 nnt tak boleh le banyak...takut jatuh ke bawah..hee...tak pe,ni merupakan pengalaman pertama sy  buat pavlova...mmg sedap...!!boleh cuba lagi...
kalau kawan2 nak cuba boleh lah tgk resepi di bawah...sy copy paste jeee...

Resepi Pavlova:
http://irmadilondon.blogspot.com/2011/06/resepi-pavlova.html






Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.? 

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova. 

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat. 

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Khamis, 15 Mac 2012

RAINBOW MARBLE PUDING




Yum2....sedapnye puding ni.....lemak berkrim....heee.....sesape rase nak tempah boleh jer....

RAINBOW MARBLE PUDING
Sumber : Blackmore

Bhn
1 bungkus serbuk agar2 (13g)
675ml air
225g gula pasir
65g mentega/majerin
4 biji telur
1/2 tin susu cair
1sb tepung kastad
1sb serbuk koko (campur skit air)
vanila esen
pewarna merah/kuning/hijau ikut suka

Cara
Masak agar2 + air + gula = mendidih...ketepikan
Pukul telur, mskkan susu dan tepung kastad dlm adunan....kacau....tapis
Setelah tapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau sebati dan masak semula hingga adunan mendidih.
Masukkan mentega dan vanila dlm adunan dan kacau.
Bahagikan adunan pada 3 buah mangkuk, mskkan koko yg dicampur air tadi ke dlm salah satu adunan dan kacau. Lagi 2 mangkuk tu kaler ikut suka.
Guna loyang 9x9x3, sengetkan loyang dengan menyangga salah satu hujung loyang tu..tuang satu senduk setiap kaler dan ulang hingga adunan habis.
Letakkan kembali loyang pd kedudukan asal msk dlm fridge


*kalu nak buat loyang sz 9....buatlah 2 kali ganda dr adunan nih....

Selasa, 13 Mac 2012

KEK SPAN COKLAT







Assalamualaikum...
cuti sekolah bermula lagi...erm~~terasa cket lapang bila time cuti sekolah ni...bukan nak kata keja semakin berkurang...keja tetap tak berkurang..cumanya tak payah nak terkejar2 nak kuar pepagi bute nak sampai sekulah...heee!!celik2 mate saja...anak2 ku pun start bertanye...."umi masak pe pagi ni...!!erm~~tu ler kejanye...makan...makan dan makan....!!kalu time masak pun malas...habislah...!!ptg semalam,cubalah nak buatkan kek span ni...buat anak2ku nak makan petang...habis licin ...ibaratnye makan kek cam makan nasi la plak...tak lah sempat nak simpan cket...lagipun buat sekadar nak cuba2 jer,,,erm~~kira mnjadiklah juga kek span ku ni....nnt boleh buat lagi...anak2 pun suka kalu d tambah ngan krim...baru laju cket makannye...
kalau kawan2 nak buat..jom arr..!!

kek span coklat
sumber:sweetlillykitchen...

5 biji telur
170gm gula kastor
1camt ovalette( saye x letakpun..)
100gm tpg gandum
1 tsp baking pwder
40 gm serbuk koko
70gm minyak jagung(minyak masak jer)

cara:
Dalam satu adunan,masukkan telur,gula,di putar(sehingga kental) dan tak jatuh ke bawah.masukkan koko,BP ke dalam bekas(ayak).masukkan dalam adunan telur tadi,masukkan minyak.Gaul rata.Tuang dalam adunan loyang 8',bakar 170C selama 30 minit.api atas dann bawah.kek yang dah masak terus terbalikkan.....takut kecut dan kek turun ...
ok selamat mencuba..




Isnin, 5 Mac 2012

PAI AYAM

             Pai Ayam yang blom d masak...


Pai Yang sudah d masak....

Yum3..........

Cer tengokkkkk dia punye intinyeeee.......ermmmmm!!!cedappp ooooo


Semalam...mmg cbuk giler aku...yang mana nak siapkan assgmnt...masak tuk anak2...nak layan kerenah anak..tau2 ja lah cuti hari ahad...tak g mana2 semata2 nak siapkan assmnt aku yang tak lama dah duenyer....berperang ngan anak2...mmg meletihkan.Pagi2 aku mmg dah siapkan nasi goreng ngan mee kari buat anak2...sape rase lapo...makan jer...umi mmg cbuk bangatttt!!heeee....kalu mengadap bende alah ni..mmg perot cepat terasa lapar...dalam kepala ade jer ingat nak makan...tetibe tgh taip assmnt nih...teringin nak makan Pai ayam la plak....hu2...mana nak cari nih...!!petang tuh jugak aku mengosek2 d dapur..ada x barang2 tuk buat pai...erm~~boleh kata ade la jugak...so ape lagi...tinggal sat keja...sediakan bahan2....kentang,1 tin kacang pis,ayam keluarkan dr frz,butter,tpg,telur...semua ada....sediakan dulu...jab nnt baru buat....lepas asar baru mule operasi...Jom kite tgk:


Rujukan:Blog RSR(Rozzan)
Pastri:
400 gm mentega
500gm tpg gandum
1oogm plain yoghurt(x de x peee)
2 sdt gula
2 bj kuning telur
secubit garam

Cara:
masukkan semua bhn ke dlm bekas kecuali yoghurt.Gaul rata sehingga bahan menyerupai "breadcrumbs".Kemudian masukkan yoghurt dan uli menjadi adunan yang lembut.Masukkan adunan ke dalam peti sejuk kira2 30 minit hingga 1 jam sebelum digunakan.

Inti:
5 bj kentang(dipotong dadu dan rebus hingga empuk,toskan)
1 tin kacang peas
300gm isi ayam yang di potong dadu
2-3 sdb tpg jagung(bancuh 5 sdb air)
1sdb gula
1@2 sdt garam
lada putih/lada hitam
500ml krim putar / 1 tin sup cendawanpun boleh...nak bg intinye nampak moist2 gtu...susu cair pun bole!!
1 bj kuning telur +2sdb susu segar(sapu atas pai)

*kalau nak tambah lagi bahan2 yg lainnye boleh jer...cth:jagung,bawang besar,cendawan butang,sosej ke,mixed vagetables...ikot selera masing2...cam saye sonang jer tak payah banyak..nnt kene buang jer belaka dek anak...heeeee)

Cara:
Panaskan minyak,dan tumis bwg putih n merah,masukkan isi ayam dan kacau sebentar hingga masak.seterusnye masukkanlah bahan2nye seperti kentang,kacang peas dll...masukan air cket,tunggu agak pekat...rase pun ok...boleh la tutup....

keluarkan adunan untuk pai,canaikan...pas tu boleh la letak dalam bekas pai...buat satu lagi tutup atas pai pulak...cucuk pai tadi ngan garfu...letak sapuan telur atas permukaan pai....bakar 180C selama 30 minit...ikot masing2 oven.

ok...selamat mencuba,,,...


TQ sir Shaiful...

cis cake Bluebery...

TQ Pn.Zaiton PK HEM...

KEK KARAMEL BUAH2N COKTAIL...
SEGALA KEKURANGAN HARAP D MAAFKAN YEEE....