\


Isnin, 25 Jun 2012

CUPCAKE COKLAT




UNTUK TEMPAHAN:

Cupcake coklat with Buttercream
Boleh sahaja perise ape2(Oren,Strawberry,Vanilla dan lain2)


 Saiz M(2.5)

16 Biji  =   RM 35
25 biji =  RM 54

Khamis, 21 Jun 2012

KEK COKLAT MOIST....



TEMPAHAN USTAZAH SAUDAH DAN JUGA CG.NORLIA.....
(happy besday....)
TERIMA KASIH DAUN KELADI....LAIN KALI BOLEH LER TEMPAH LG....!!

Selasa, 19 Jun 2012

Kek Aiskrim..






Assalamualaikum.....
selamat malam...ni la kek aiskrim yang d amik dari resepi ucubakery....kek ni saya buat sempena makan2 bersama family hari sabtu hari tu.....erm~~lambat pulak nak masukkan dalam blog ni....anak2 mmg suka sangat..bukan kate anak2....bapak anak2 pun sukeee...heeeeeJom kita tengok resepinya....mudah dan sempoi.....kek nih mestilah kek chiffon atau kek span....sebabnye kek ni bile letakkan tempat freez,....tak menggeras kong sangat...kalu kek biase!!!mesti jadi ais batu lak.....keh2kek nyer nak mudah beli jer dan juga aiscreamnyer sekali....

Bahan2:

BahanA

30gm serbuk koko-larutkan dengan 1/2 air suam
4 bj kuning telur
100gm gula kastor
130gm tepung superfine
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda
esen
1/4 cwn minyak masak

Bahan B

4 bj telur putih
jus lemon
65gm gula kastor

Cara2:

Panaskan oven-180C.jangan leser loyang hanya letak kertas minyak sahaja.
Satukan bahan A dan pukul hingga kembang-high speed.
Di dalam mangkuk lain,pukul bhn B hingga betul2 kental-high speed.
Satukan bahan B ke dalam bahan A-Kaup balik dan tuangkan ke dalam loyang dan bakar-40 minit atau hingga masak.
Keluar dan telangkupkan kek atas redai-15 min.pas tu baru keluarkan dari loyang.


-kek chiffon
-ice cream
-300gm double cream @ fresh cream @whipping cream
-Hiasan

cara:

1.Belah kek 1 @ 2 lapis
2.Letak @ sapu fresh cream pada lapisan kek-supaya bila kita letakkan aiskrim ni akan melekat pada kek
3.Letak aiskrim seberapa banyak yang suka
-Di atas aiskrim tadi sekali lagi dan sapukan fresh cream supaya aiscream ni akan melekat pada kek.
4.Salutkan secara nipis pada keseluruhan kek dan simpan selama 3/4 jam di tempat beku
5.Selepas tu barulah deko(baki freshcream tadi)







Israk dan Mikraj...


Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.

Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.


Pengajaran Tentang Solat

Antara pengajaran terpenting yang diperolehi daripada perjalanan Israk dan Mikraj ialah tentang solat. Di antara kefarduan solat dan mukjizat Israk dan Mikraj, terdapat hubung kait yang begitu mendalam dan erat, sehingga munasabahlah dinamakan solat itu sebagai al Mikraj al Ruhi.

Apabila Mikraj Nabi kita SAW dengan jasad dan rohnya ke langit sebagai suatu mukjizat, maka Allah SWT menjadikan bagi umat Muhammad SAW Mikraj Roh pada setiap hari sebanyak lima kali. Di mana roh dan hati mereka pergi menemui Allah bagi memastikan mereka bebas dari kekangan hawa nafsu dan menyaksikan keagungan Allah, kekuasaan serta keesaan-Nya, sehingga mereka menjadi orang yang mulia di atas permukaan bumi ini.

Kemuliaan yang diperolehi bukan dengan jalan penindasan, kekuatan dan kemenangan, tetapi dengan jalan kebaikan dan ketinggian, jalan kesucian dan kemuliaan serta jalan solat.

Tidaklah solat itu sekadar robot atau pergerakan alat-alat yang tidak mempunyai makna, tetapi ia adalah sebuah madrasah yang mendidik kaum mukminin atas semulia-mulia makna kebaikan, kecintaan dan kemuliaan dalam menempuh kesesakan hidup, hiruk-pikuk dan kejahatannya.

Solat merupakan sebesar-besar amalan dalam Islam. Sesiapa yang memeliharanya, maka dia akan memperolehi kebahagiaan dan keuntungan. Sesiapa yang meninggalkannya, maka dia akan memperolehi kecelakaan dan kerugian.

Allah SWT telah memfardukan solat ke atas hamba-hamba-Nya yang beriman supaya ia menjadi penghubung dengan hadrat-Nya, peringatan tentang keagungan-Nya dan tanda kesyukuran hamba-Nya atas nikmat yang dicurahkan-Nya.

Ia merupakan asas bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah SAW: "Amalan pertama yang dihisab bagi hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya solatnya itu baik, maka baiklah segala amalannya. Sekiranya solatnya itu rosak, maka rosaklah segala amalannya yang lain". (Diriwayatkan oleh al Tabrani di dalamal Awsot juga disebut di dalam Majma' al Zawaid (1/291)).

Tidak menjadi suatu perkara yang pelik apabila solat dijadikan sebagai kepala amalan. Sesungguhnya dengan melazimkan diri menunaikan solat secara sempurna dengan khusyuk dan khudhu' kepada Allah, akan menanam di dalam jiwa sifatmuraqabah kepada-Nya.

Sesiapa yang telah mencapai muraqabatullah, akan berasa takut kepada-Nya, bertakwa kepada-Nya, menunaikan perkara yang menjurus kepada keredaan-Nya, berkata benar apabila berbicara, menunaikan janji apabila berjanji, menunaikan amanah, bersabar ketika ditimpa kecelakaan dan bersyukur dengan nikmat-Nya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Maarij ayat 19 hingga 23: Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan solat. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan solatnya.

Seorang hamba yang memelihara solatnya dengan sempurna, tidak akan terleka daripada muraqabatullah dalam kesibukan dan urusan sehariannya. Sesungguhnya sesiapa yang memelihara solatnya dengan menunaikannya dengan khusyuk, akan diampunkan dosanya dan dikasihi oleh Tuhannya.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya setiap solat itu menghapuskan kesalahan yang dilakukan di hadapannya". (riwayat Imam Ahmad dan al Tabrani).

Sabda Baginda SAW lagi: "Sesiapa mengetahui bahawa solat itu adalah hak yang wajib, maka dia masuk syurga". Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al Baihaqi dan al Hakim).

Sesiapa yang tidak memelihara solatnya, maka dia diharamkan di dunia daripada memperolehi nikmat keberkatan, taufik dan kebaikan serta akan diazab selepas kematiannya dengan dihentakkan kepalanya ke batu.

Setiap kali kepalanya itu pecah, akan dikembalikan seperti keadaan asalnya. Dia juga akan datang pada hari kiamat tanpa cahaya, petunjuk keimanan dan diharamkan terselamat dari azab, kehinaan dan kerendahan.

Wahai kaum Muslimin! Bertakwalah kalian kepada Allah dan peliharalah solat serta tunaikanlah kerana Allah pada waktunya dengan khusyuk. Tiada yang menghalang kalian untuk menunaikannya walaupun disebabkan kesejukan dan juga pekerjaan.

Bermujahadahlah sehingga kalian tidak mengabaikan menunaikan solat Subuh pada waktunya tatkala kalian berseronok menikmati kelazatan tidur dan ketika malas. Begitu juga bermujahadahlah sehingga kalian tidak lalai menunaikan solat Asar kerana terlalu sibuk mendahulukan pekerjaan.

Berhati-hatilah kalian agar harta, perniagaan, kemegahan, takhta, pemerintahan dan kementerian tidak menyibukkan kalian dari menunaikan solat.

Jadilah kalian dari kalangan mereka yang tergolong dalam firman Allah SWT yang maksud-Nya: (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurnia-Nya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung. (al-Nur: 37 dan 38)

Daripada Abdullah ibn Amru berkata, pada suatu hari, Nabi SAW menyebut tentang solat dengan sabdanya: "Sesiapa yang memelihara solat maka baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan pada hari kiamat. Sesiapa yang tidak memeliharanya, maka tiada baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan. Pada hari kiamat, dia akan bersama Qarun, Firaun, Haaman dan Ubai ibn Khalaf". (riwayat al Tabrani dan Ibnu Hibban)

Daripada Abi Hurairah r.a berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Apakah pandangan kalian, jika ada sebatang sungai di pintu rumah salah seorang dari kalian, dia mandi di dalam sungai tersebut pada setiap hari sebanyak lima kali. Adakah masih ada suatu kotoran yang tinggal pada badannya?" Sahabat menjawab, "Tidak ada suatu kotoran pun yang tinggal". Sabda Baginda SAW, "Begitu jugalah perumpamaannya dengan solat lima waktu yang dengannya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan. (riwayat al Bukhari dan Muslim)

Banyak lagi pengajaran yang terdapat dalam peristiwa Israk dan Mikraj terutamanya beberapa keistimewaan yang dikurniakan kepada Rasulullah SAW bagi menunjukkan kepada kita tentang ketinggian martabat Baginda SAW.

Semoga kita digolongkan di kalangan orang-orang yang celik mata hati sehingga kita dapat menghayati hikmah dan pengajaran di sebalik peristiwa agung, Israk dan Mikraj.

Celebrate dengan Family....


Bihoon Goreng..

Kek Aiskrim..

 Brownies Coklat moist....

 

Malam sabtu yang lalu.....mmg terajin cket nak buat makan2...kalau nak d ikutkan hati mau jer keluar makan kat luar....tapi sesekali biarlah buat kek sendiri dan masak yang ekonomik untuk keluarga....Alhamdulillah.....syukur padaMu Ya Allah,....exam aku lulus jugak...dan apa yang pnting dapat naik sem.3......Syukur sesangat!!!yang paling laku sekali....kek Aiskrim nih...seronok dapat tgk anak2 makan hasil air tangan sendiri walaupun tak sesedap rase.....erm~~doakan untuk umi lagi yeee...anak2 umi...semoga terus lulus dan cemerlang dalam pembelajaran umi dan exam umi dan juga kehidupan kita sekeluarga....moga hidup terus d berkati oleh Allah...aminnn!

Selasa, 12 Jun 2012

Marble Cheese Brownies




First try.....!!!!buat makan2 bersame rakan2 sekolah....dan juga anak2....upe je tak cantikk...tapi rasenyer...tak mengecewakan.....cedapppp!!

Tempahan Kek Coklat Moist...





TQ CG.MAZIDAH......

Ahad, 10 Jun 2012

Harga Kek Opera


Saiz 8'

RM 70

Harga kek Russian n White






Saiz 9'
Topping n Filling with Coklat Ganache +  Cream Cheese

RM 90

RM 80

Jumaat, 8 Jun 2012

@ Tanjung Lumpur,Kuantan.

Tengah tunggu pesanan dengan sabar...




                                             makan kepok lekor dulu...


                                               ikan masak sweet sour..


                                                        somtam...


                                                      ketam masak pedas
                                               sotong celup tepung...

 

                                                     ikan bakar petai....

 

                           Selesai sudah......Alhamdulillahhhhh!!!dah kenyang...

 

Alhamdulillah...tertunai hajat nak bawa family dr Perlis,makan2 d Tanjung Lumpur semalam...dan pilihan tempatnyer @ Ana ikan Bakar....mmg ok la tempat dia...kalau g ngan family dan ade anak kecil baik duk kat tingkat atas jer..sebab luas dan boleh duduk2 santai gtu...tempat solatpun ade...jadi boleh lah g awal2 dan solat magrib d sana supaya ade tempat dan lauk2nyer banyak pilihan dan kite boleh buat pilihan tuk ikan yg segar2...
yang paling best ikan bakar petai ngan ketam masak pedas...sotong pun ok!!!boleh kate semuapun not badlah...puas hati la bawak sefamily makan2...
Syukur pada Allah...lain x kite g lagi....

Khamis, 7 Jun 2012

KEK RUSSIAN BLACK N WHITE.....YUMMY!!!








Assalamualaikum.....
Selamat pagi semua.....!!!Alhamdulillah,menjadik juga kek Russian Black n White nih....dah lama nak makan dan nak try buat sendiri....akhirnya....terciptalah kek ni semalam.....tapi tak lah kemas dan cantik macam rakan2 sifu blog yang lain....dan yg specialnyer adalah untuk family tercinte yg tiba dari kampung semalam....ptg lagi saye dah sediakan bahan2nye...so lepas magrib baru mmbaking....toppingnye saye dah siapkan petang lagi...coklat Ganache dan juga Cream Cheese.....dan letak dalam peti sejuk...!!!yum3....

Jom kite buat...

2 cawan tpg gandum
1sdt baking powder
1sdt soda
1 cwn serbuk koko
2 cwn gula halus
1 cwn minyak jagung
1 cwn susu cair
3 bj telur A
1 cwn air panas
1 sdt esen
1 sdb liserin(sy x letak pon...sbb x de)

 Cara:
1.Tpg+serbuk koko+soda+BP d ayak bersama-ketepikan
2.Dalam bekas lain-Pukul gula+telur hingga kembang.masukkan esen,susu,minyak dan gliserin.pukul sebati
3.Masukkan bahan diayak tadi.sedikit2...kaup balik
4.Akhir sekali masukkan air panas dan kacau sebati.
5.Masukkan dalam loyang sz 9 dan bakar dalam oven 180C selama 1 jam.


Coklat Ganache

750g coklat masakan-dipotong2 kecil
600g fresh cream(saye guna 350g supaya agak kental)
2 tbsp golden syrup

1.Panaskan FC hingga hampir didih.
2.Tutup api-masukkan coklat masakan dan kacau-cair&larut
3.Masukkan Gsyrup kacau sebati...keteoikan

Filling Cream Cheese

250g Cream Cheese
125g mascarpone cheese(x de gantikan 100g Cream cheese + 25g Whipping Cream)
1sdt nescaffe+air
1-2 sdtgula aising(kalu x guna mascarpone cheese letak 3 sdt)

#Pukul Cheese hingga lembut,masukkan gula
#bancuhan nescaffe-sebati


Salutan kek

200g Whipping cream-pukul soft peak

1.Kek yang telah masak,dikeluarkan dari loyang dan sejukkan.Balut kek dengan cling film dan sejukkan 1 jam dlm peti.keluarkan kek dan kek dipotong kpd 4 lapis.

2.Masukkan cok.ganache dan juga cream cheese dalam piping bag.

3.Letak lapisan pertama kek atas papan kek,kemudian pipingkan cream cheese secara mmbulat-ikut bulatan kek,selang seli lingkaran cream cheese dengan Cok.ganache.

4.pas tu letak lapisan kek yang ke dua dan buat yang sama.

5.Seterusnya salut keseluruhan kek dengan whipping cream,simpan dalam peti sejuk sekejab.

6.Panaskan sekejab cok.ganache(suam2 kuku)

7.Keluarkan kek-tuangkan cok.ganache hingga salut semua kek.

hiaslah cantik2....


Selamat mencubeee...rugi kalu x cuba...mmg sodapppp!!!sampai mnjilat tangan...heeee

.

Rabu, 6 Jun 2012

Bahulu Gulung...




Assalamualaikum....
Hu3...My first Bahulu gulung yang tak berapa jagi gulungannye...!!!!kalu ade master sifu...di saat ini kan best...boleh tunjuk ajar ku sifuuuu...heeee...pepun tq 4 sis P3...resepinyer jadi tapi ntah pe silapnyer.....bile gulung jer tak mnjadi dan pecah2 ckit.....saye rase ni mesti tebal....tak pe nanti kite buat semula dan kurangkan ketebalannyer....Boleh ler takat nak makan anak beranak...
Bahulu ni kite boleh jer letak pe2 jem....yang ini saye letak stoberi filling...sedap gak...nnt buat lagi letak coklat plak...sebab anak2 tak berape suka...mesti ngan perise coklatnye...erm~~...jom kite buat...sape ade tips tolong ler bagi same ye...hee

Bahan2:

90gm tpg gandum
3 bj telur
4-5 sdb gula kastor
1sdk esen vanilla/ros
3sdb jem @ apa2 filling
sedilit gula

Cara2:
1.Putar telur dan gula hingga kembang dan sedikit pekat
2.Masukkan esen
3.Masukkan tepung -kaup balik
4.Tuang adunan dalam dulang dan ratakan
5.bakar tingkat atas-15-20 minit dengan suhu 180C
6.Panaskan jem-hingga cair-double boile-ketepikan(saye pakai sapu jer filling stoberi..)
7.Alas sekeping kertas minyak di atas kain lembab(pastikan x terlalu basah)
8.Tabur gula sedikit atas kertas tadi
9.Setelah masak,keluarkan dan letak atas kertas minyak tadi..
10.Potong di tepi...dan sapulah jem
11.Gulung dengan kemas,guna kertas minyak....dah siap....!!!

jab g bolehlah makan......selamat mencuba!!!

Isnin, 4 Jun 2012

Makang Kepok Leko,Sata dan Otak2...

Anak2 tak sabar nak makan otak2....

                       Boi2 boi....parking atas meja lagiii...sambil tunggu kepok...
                                             Kepok Leko dah sampaiiii....


                           semua dah ade...pe lagiiii...jommmm serbuuuu....hee


Alhamdulillahhhhh......suda kenyang!!!


Assalamualaikum...

Petang ni mmg hajat nak makang kepok Leko,sata dan Otak2 @ Kemamang....heeee....!!mmg sodap dia punye otak2...fuhhh....!!best sangat...Alhamdulillahhh....!Dr rumah mengambil mase 1 jam jer...x lah jauh sangat!!pas tu boleh beli kepok lekor bawak balik....
kalau kawan2 nak g...saye cadangkan dekat kuale kemaman...area Geliga dan kedainye depan Umah rehat TNB....mmg penuh jer ngan pelanggan!!...tak rugi singgah makan kat ctu...macam2 ada...mmg berbaloiii2....