Ahad, 4 September 2011
Syawal menjelma....
HARI RAYA MEMBAWA ERTI KEMENANGAN BUAT MASYARAKAT ISLAM...KUNJUNG-MENGUNJUNGI DAN SALING BERMAAF2AN TETAP MENJADI KEUTAMAAN...DI KESEMPATAN INI,SAYE INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT AIDILFITRI 1432H...MAAF ZAHIR DAN BATIN...
Syukur segala nikmatNya...apa sahaja yang diraikan biarlah dimulai dengan niat yang betul..misalnya niat keluar untuk solat sunat Hari Raya Aidilfitri untuk mengikuti sunnah nabi s.a.w.Ahli keluarga berpakaian baru untuk mempamerkan nikmatNya dan melahirkan kegembiraan,bukan dengan tujuan menunjuk2 kepada org lain.
Mengunjungi keluarga dan sahabat handai pula bukan melepak2 atau melayan nafsu makan juadah raya,sebaliknya untuk menyambung silaturahim,menggembirakan orang lain dan sebagainya.
Jangan melakukan banyak kesalahan di hari raya...Amalan yang dibenarkan menjadi rosak kerana dosa yang dilakukan.sebagai contoh,menziarahi sanak saudara pada musim perayaan merupakan amalan yang digalakkan.Namun ia kadang kala dirosakkan dengan unsur berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.Islam melarang seorang lelaki yang ajnabi atau bukan mahram menyentuh wanita yang boleh dikahwininya sekalipun wanita tersebut sepupunya atau iparnya...
Selamat hari Raye...maaf zahir batin..moga kita menjadi org yang sabar dan istiqamah mengekalkan amalan soleh selepas ramadan,membuktikan penerimaan Allah terhadap amalannya.Manakala,jika seseorang memilih jalan maksiat selepas Ramadan,maka ia membuktikan kehinaan dan penolakan Allah terhadap amalannya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan