\


Ahad, 20 Mac 2011

Bersedekah sebelum terlambat.....


Amalan bersedekah sangat digalakkan sebagai usaha membantu orang lain yang memerlukan...sedekah tidak terbatas kepada harta benda sahaja malah mereangkumi lebih daripada itu.Sedikit bantuan walaupun setakat mengangkat barang untuk orang tua yang lemah,atau sekadar sekuntum senyuman,juga dikira sedekah...

Daripada Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda,
"Setiap anggota tubuh manusia mempunyai kesempatan untuk bersedekah setiap hari.(iaitu)mendamaikan dua orang yang berbalah,adalah sedekah.Menolong orang naik kenderaan,atau menolong mengangkat barang ke atas kenderaan,itupun sedekah.Ucapan atau tutur kata yang baik,juga sedekah.Setiap langkah anda menuju solat,sedekah.Dan menyingkirkan sesuatu yang berbahaya di jalan awam,adalah sedekah."
(sahih Muslim)

Demikianlah betapa banyaknya kebaikan yang boleh diketogorikan sebagai sedekah.Kita tidak perlu menunggu jadi kaya untuk memberi sedekah.Sebaliknya,peluang terbuka setiap masa untuk melakukan kebaikan....Jadi,jangan tunggu lagi!!..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan