\


Ahad, 7 Ogos 2011

Kuih Buah Melaka...






Salam...selamat berbuke pose....hari ni buat menu ape lak ye kawan2....hari ni saye buat  buah melaka....sesekali boleh la nak cube..walau hari-hari lain tak gemar pun...erm~~kira ok la jugak...sesekali.....!!Jom kite buat....

BUAH MELAKA
Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
10 helai daun pandan, dikisar dgn air, ditapis utk mendapatkan 1/2 mangkuk jus pandan.
Gula kabung, dipotong kecil-kecil utk intinya
Kelapa parut secukupnya, digaul dgn sedikit garam halus
Air secukupnya utk merebus

Cara-cara:
1. Didihkan air.
2. Gaul tepung pulut dengan jus pandan sehingga adunan boleh digentel. Tuang jus sedikit demi sedikit, secukupnya.
3. Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan bubuh inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
4. Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkt dan toskan.
5. Salut dengan kelapa parut.

 
*kalu saye...kire nak cepat boleh jugak letak jer pes pandan...heee
*bancuhan jangan terlalu banyak air...letak ckit-ckit air...adunan sampai boleh gentel...
*Selamat berpuase.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan