\


Sabtu, 12 November 2011

Kek Pelangi Simple...



Taraaaaaaaaaa...iniler kek pelangiku selepas hujan.....heeeee...mmg sodap la bile tgh lapar ni...nak buat ni pun tak lame.sekejab jer...jom kita buat..anak2pun suke,tambah2 jika d taburkan coklat rice...

Bahan:
250 gm butter
200 gm gula castor
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
6 sudu besar fresh milk
210 gm tepung naik sendiri-diayak(saye guna tpg gandum jer + 1sdk bp)

Cara Membuatnya:

-Panaskan oven kepada suhu 180C .Pukul butter dan gula hingga sebati dan adunan jadi kembang serta bertukar warna jadi cerah sikit . Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil dipukul sebati diantaranya.

- Masukkan esen vanila dan dipukul hingga adunan sebati dan gebu. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit-sedikit berselang seli dengan susu , sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati ( saya pukul balik adunan sehingga adunan menjadi sebati )

- Bahagikan adunan kek kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna ikut pada selera kita . Kemudian kacau bagi warna sama rata ..kemudian susun adunan ikut kretiviti masing2  . boleh juga ditaburkan dengan coklat rice atau pe2 jer.Bakar selama 45 minit suhu 180'C.

- Setelah kek masak,sejukkan seketika kemudian keluarkan dari acuan dan biar kek sejuk sepenuhnya.
Boleh potong....dan Ngapppp!!
Selamat mencube..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan