\


Rabu, 24 Ogos 2011

Tart Nenas Gulung....





salam semue....hajat d hati raye taun ni nak buat sendiri tart nenas gulung...walau sibuk dengan tugasan tapi ttp nak try buat ...erm~~akhirnye kira mnjadi la jugak.Alhamdulillah...

Resepinye:
250 butter
2 sdb gula caster
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
1 sdk butter oil(terpulang....saye x letak pun)
1 bj telur kuning

Cara2:

1.Putar butter + gula + telur kuning-hingga sebati
2.masukkan tepung sedikit2...hingga sebati
3.uli dan tekan dalam adunan dan gulungkan bersama jem nenas-kalau letak banyak lagi best...
4.Bakar  180C selama 20-30 minit.


 
Jem nenas:
1.1 biji nenas-diblend hingga hacur
2.masukkan dalam periuk+gula
3.masak dalam api yg sederhana-sampai kering
4.masukkan 1sdk jus limau kasturi

Selasa, 23 Ogos 2011

Biskut Kelapa.




Salam semua....dah lama rasenye saya tak berblog.cbuk sesangat.rase rindu d hati tuk mencoretkan ssuatu tapi mase tak mengizinkan.Banyak ke buat biskut kenkawan cmua??dah berapa jenis...rasenye kita dah tak lama dah nak berhari raye...!!jadi d kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raye..Maaf Zahir Dan Batin.
Kalau kekawan nak cube buat biskut ni jom la kita layan resepinya:

Resepi:

80gm kelapa kering
30gm serbuk badam
225gm tepung jagung
150gm tepung gandum
1/2 sdk baking powder
1 bj telur
145gm gula aising-ayak
155gm butter

hiasan:
ceri/kelapa

Cara2:

1.Satukan kelapa kering,serbuk badam,tpg jagung.tpg gandum dan baking powder.gaul sebati dan ketepikan.
2.Pukul telur, gula aising,vanila dan masukkan adunan tepung td sedikit2 sahingga habis.
3.masukkan butter sedikit2.buat sehingga boleh kepal dan lembut.
4.canaikan dan terap acuan.
5.Tabur kelapa dan letakkan ceri.
6.Bakar dengan suhu 160C selama 15-20 minit.


Khamis, 11 Ogos 2011

Adab-adab berpuasa.....



SEPULUH ADAB-ADAB BERPUASA DAN SOLAT TARAWIH

disaring dari kitab ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
karangan : al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad (1132H)


Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ;

1. menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya,

2. memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syara’ dan yang sia-sia,

3. mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilakn pemakanan yang halal lagi bersih,

Ulama silam pernah berpesan : “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka ?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri dari terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.


4. berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Junjungan saw : “Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran dari puasanya melainkan lapar dan dahaga!” [an-Nasaei]

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam samada mereka sedang berpuasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa ianya lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasullah saw : “Puasa itu adalah ‘ perisai’, sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakana kepada orang itu : “Saya sedang berpuasa”. [al-Bukhariy dan Muslim]

5. janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan besederhanalah pada keduanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang, hatinya ceria, itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.



6. jauhikan diri dari mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja di bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Pengembelingan diri di dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadhan.


7. menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda saw : “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa)”. [al-Baihaqi dan ibnu Khuzaimah].

8. memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Tarawih, witir dan sebagainya.



9. tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan ini bahkan mengambil kesempatan yang ada bagi beribadat kepada Allah dan mengingatiNya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tangungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya.


10. mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ianya tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.





Roti kismis+choc.rice


Kek Coklat Moist...


Ahad, 7 Ogos 2011

Kuih Buah Melaka...






Salam...selamat berbuke pose....hari ni buat menu ape lak ye kawan2....hari ni saye buat  buah melaka....sesekali boleh la nak cube..walau hari-hari lain tak gemar pun...erm~~kira ok la jugak...sesekali.....!!Jom kite buat....

BUAH MELAKA
Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
10 helai daun pandan, dikisar dgn air, ditapis utk mendapatkan 1/2 mangkuk jus pandan.
Gula kabung, dipotong kecil-kecil utk intinya
Kelapa parut secukupnya, digaul dgn sedikit garam halus
Air secukupnya utk merebus

Cara-cara:
1. Didihkan air.
2. Gaul tepung pulut dengan jus pandan sehingga adunan boleh digentel. Tuang jus sedikit demi sedikit, secukupnya.
3. Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan bubuh inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
4. Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkt dan toskan.
5. Salut dengan kelapa parut.

 
*kalu saye...kire nak cepat boleh jugak letak jer pes pandan...heee
*bancuhan jangan terlalu banyak air...letak ckit-ckit air...adunan sampai boleh gentel...
*Selamat berpuase.....

Kek Chesse Bluebery....




Sabtu, 6 Ogos 2011

Kuih sagu



Salam Ramadan buat muslimin dan muslimat......moga kedatangan ramadan ini di sambut dengan penuh keberkatan...insyaallah....
sesekali tekak terasa nak makan macam2 bile nak berbuke pose ni...erm~~biase la tu...tingin pulak nak makan kuih ni....buat pun sonang dan cepat...kalau ade lebih kita boleh beri jiran pulak....amalan yang mulia....sepatutnye harus dipupuk... budaye yang semakin pudar...
"Sesiapa yang memberi makanan berbuka puasa kepada orang yang berpuasa,maka pahalanya seumpama orang yang berpuasa itu tanpa berkurang sedikitpun."
(Hadis Riwayat Ahmad,Tirmizi&Ibnu Majah)

heeee....ingat mengingati amalan mulia....

Mari kita tengok resepinye:



  • 2 cawan sagu - rendam 10 minit dan toskan (kalu saye sekejab jer...)
  • 1 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 cawan kelapa parut
  • sedikit garam untuk diletak dalam kelapa parut
  • pewarne(ikut kesukaan...)

Cara-cara

  1. Masak air dengan gula hingga mendidih dan perlahankan api.
  2. Masukkan pewarna dengan sagu kacau sampai menjadi kembang dan pekat.
  3. Masukkan dalam acuan @ loyang...
  4. sejukkan...dan bolehlah dipotong... 
  5. salutkan ngan kelape yg digaul sedikit garam....(garam jangan banyak....nnt masin)
Potong la ikut suka bentuk nyer..dan salut dengan kelapa parut

Biskut Sarang Semut...




Jeng2...ni dia la biskut sarang semut....Juz try2...tuk raye....
Meh kita buat.....simple je...tapi lecesss ckit.....coz kena tekan dulu dekat acuan dia pas tu isi dalam papercup....lepas ni kira semut2 semua tak de la sarangnyer...heeeeeee

250gm butter
100gm gula halus
350gm tepung gandum
100gm tepung jagung
1bj kuning telur
1sdt esen vanila

hiasan:
coklat rice
manik gula kecil
papercup

Cara:
1.Pukul kembang butter dan gula
2.masukkan kuning telur dan esen-gaul rata
3.masukkan tepung-kacau rata
4.Parutkan adunan ke dalam mangkuk kecil
5.Sudukan ke dalam paper cup dan taburkan coklat rice
6.Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.

Gelagat My Hero...








Mase ni temankan uminyer mndaftar tuk kemasukkan Program Pensiswazahan Guru di IPG Lipis......