\


Selasa, 19 Jun 2012

Kek Aiskrim..






Assalamualaikum.....
selamat malam...ni la kek aiskrim yang d amik dari resepi ucubakery....kek ni saya buat sempena makan2 bersama family hari sabtu hari tu.....erm~~lambat pulak nak masukkan dalam blog ni....anak2 mmg suka sangat..bukan kate anak2....bapak anak2 pun sukeee...heeeeeJom kita tengok resepinya....mudah dan sempoi.....kek nih mestilah kek chiffon atau kek span....sebabnye kek ni bile letakkan tempat freez,....tak menggeras kong sangat...kalu kek biase!!!mesti jadi ais batu lak.....keh2kek nyer nak mudah beli jer dan juga aiscreamnyer sekali....

Bahan2:

BahanA

30gm serbuk koko-larutkan dengan 1/2 air suam
4 bj kuning telur
100gm gula kastor
130gm tepung superfine
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda
esen
1/4 cwn minyak masak

Bahan B

4 bj telur putih
jus lemon
65gm gula kastor

Cara2:

Panaskan oven-180C.jangan leser loyang hanya letak kertas minyak sahaja.
Satukan bahan A dan pukul hingga kembang-high speed.
Di dalam mangkuk lain,pukul bhn B hingga betul2 kental-high speed.
Satukan bahan B ke dalam bahan A-Kaup balik dan tuangkan ke dalam loyang dan bakar-40 minit atau hingga masak.
Keluar dan telangkupkan kek atas redai-15 min.pas tu baru keluarkan dari loyang.


-kek chiffon
-ice cream
-300gm double cream @ fresh cream @whipping cream
-Hiasan

cara:

1.Belah kek 1 @ 2 lapis
2.Letak @ sapu fresh cream pada lapisan kek-supaya bila kita letakkan aiskrim ni akan melekat pada kek
3.Letak aiskrim seberapa banyak yang suka
-Di atas aiskrim tadi sekali lagi dan sapukan fresh cream supaya aiscream ni akan melekat pada kek.
4.Salutkan secara nipis pada keseluruhan kek dan simpan selama 3/4 jam di tempat beku
5.Selepas tu barulah deko(baki freshcream tadi)







Tiada ulasan:

Catat Ulasan