\


Sabtu, 26 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433H...




Salam Maal Hijrah1433H, 1432 hijrah akan meninggalkan kita, banyak kenangan yang akan kita semua tinggalkan..
Semoga kehadiran tahun baru ini akan menambah keimanan kita semua seterusnya hidup didalam barakah dan rahmat dari NYA.
Alhamdulilah kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat dari MAHA PENCIPTA SEKALIAN ALAM. Apakah azam kita pada tahun baru ini? Barangkali ada yang terlupa untuk menyambut tahun baru hijrah kerana terleka dengan kehidupan yang sementara ini. Apapun marilah sama-sama kita ingat mengingati kepada perkara yang membawa kepada sesuatu yang baik.

Ya Allah...Ampunilah dosa2ku...Aku insan yang kerdil Ya Allah...Pasti berlaku banyak kesalahan dan kesilapan...Tunjukkanlah aku jalan yang lurus..jalan org2 yang Enkau redhai.Lembutkanlah hati2ku,supaya menjadi org2 sentiasa Engkau Redhai dan semoga aku sentiasa d rahmati olehMu Ya Allah. Jadikanlah aku lebih baik dari hari semalam...

Perjuangan melawan kemungkaran adalah menjadi dasar utama para nabi dan orang-orang yang beriman. Nabi Muhammad saw, seperti halnya nabi-nabi sebelumnya, menghadapi berbagai kesukaran sepanjang hidup baginda. Baginda berkorban meninggalkan harta dan berhijrah ke Madinah demi kelangsungan dakwah Islam.

Ini disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud :"Sesungguhnya, orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (al-Baqarah: 218)

Sebagai balasan atas pengorbanan tersebut, Allah memberikan khabar gembira dengan limpahan kebaikan dan rezeki di dunia. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."(an-Nisaa:100)


d baca beberapa minit lagi sebelum masuk waktu magrib(akhir asar)


d baca selesai waktu magrib...



Dengan tema “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” semoga di tahun baru ini kita lebih diberkati dan dirahmati Allah..amin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan