\


Sabtu, 31 Disember 2011

Nak tahu tak???

Assalamualaikum.....
Apa khabar rakan2 blog....dah lame saye bercuti..so blog pun lama tak berbuka...dah berabuk la jugak...heee
Almaklum ler cuti sekolah katakan,...ape lagi...bercuti ler kita d kampung....
so dah 12 hari balik ke kuantan dari Perlis...tak jugak buka2 blog nih....sibuk pulak naik sekolah...macam2 kerja menanti...packing buku2 tulis tuk jualan,meeting la...macam2...tak sempat jugak nak buka blog....tup2 nak bukak sekolah la plak....banyak kerja menanti....hu2 rase2 tak sempat jugak nak
 berblog.....heeeeeee





Kawan2 nak tahu tak...ni buah ape???heeee....ni ler buah yang d bawa balik dr kampung.....
haaaaaa...ni ler buah Nam-nam.....namepun pelik ckit....
nama saintifiknya Cynometra Cauliflora merupakan tumbuhan yang berbuah dipangkal pokok dan mempunyai ketinggian kira-kira diantara 2.5 hingga 3 meter sahaja.Buah ni saye buat makan cicah ngan kuah rojak atau buat garam belacan.....(Buat colek)...fuhhhh...best!!!!rasenya kelat masam2...gtu....
memang sesuai la buat colek ngan kuah rojak.....


Haaaaaaaaaaa....
ni buah ape pulakkkk....pelik2 kan...tapi ni la hakikatnyer...ciptaan Allah,dan kita boleh makan...rasenya masam2 manis gtu.....
nama buah ni...Durian Belanda atau Soursop...
 adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

 Sekarang kita tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan