\


Sabtu, 12 Februari 2011

10 Perkara Ditolak Doa


Suatu hari,Ibrahim bin Adham pergi ke pasar Basrah.Dia bertemu orang2 di sana dan mereka bertanya kepadanya,"Wahai tuan,mengapa doa kami tidak dimakbulkan?Apa kesalahan kami?"

Jawab Ibrahim,"kerana hati kamu telah mati daripada 10 perkara."

Tanya mereka,"apakah itu,tuan?"

Jawab Ibrahim,"Kamu mengenal Allah tetapi tidak mentaatiNya.Kamu mengenali Rasulullah tetapi tidak mengikutnya.Kamu mengetahui Al-Quran tetapi tidak mengamalkannya.Kamu memakan kurniaanNya tetapi tidak pernah mensyukuri.Kamu tahu syurga namun tidak mencarinya.Kamu tahu neraka namun tidak menghindarinya iaitu dengan meninggalkan maksiat dan dosa.Kamu mengenal syaitan namun tidak berusaha memeranginya,bahkan menyambut ajakannya.Kamu tahu kematian namun tidak bersiap menghadapinya.Kamu pernah menguburkan mayat namun tidak mahu mengambil pengajaran.Dan kamu bangun tidur lalu suka membetulkan kekurangan dan kesilapan orang lain tetapi tidak pernah membetulkan kesilapan diri sendiri..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan