\


Rabu, 2 Februari 2011

Tiga Darjah Iman



Tinggi dan rendah iman hanya ditentukan Allah,hanya orang berkenaan sahaja yang dapat merasai kelazatan iman dan orang lain sama sekali tidak dapat melihat.

ALLAH BERFIRMAN DALAM SURAH AL ANFAL:2 yang bermaksud:

"Sesungguhnya hati orang yang beriman itu sentiasa gementar apabila menyebut nama Tuhan(Allah) dan apabila membaca(diperdengarkan)ayat al-Quran,semakin bertambah iman mereka."

DARJAH IMAN TERBAHAGI KEPADA 3 IAITU:

  1. Iman yang didasarkan atas pengetahuan dan ilmu yang disampaikan atau diajar oleh guru agama.Keimanan seumpama ini belum pasti berkesan dalam sanubari.
  2. Iman yang diiring dengan beberapa bukti amal salih.Seseorang dapat merasakan kesan dan pengaruh iman dalam kehidupannya.
  3. Iman yang benar-benar berkesan dalam hidupnya.Iman seumpama ini benar-benar berkesan seumpama orang yang lapar menikmati hidangan lazat.

DALAM HAL INI,RASULULLAH BERSABDA YANG BERMAKSUD:

"Sesiapa yang padanya ada tiga perkara,maka ia akan merasakan kemanisan iman.Pertama,mencintai Allah dan RasulNya melebihi cintanya kepada orang lain.Kedua,mencintai manusia lantaran cintanya kepada Allah dan ketiga,benci untuk kembali kepada kekufuran dan kemungkaran."(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan