\


Ahad, 27 Februari 2011

Program Perkembangan Staff...





Dah lama tak bukak my blog....sibuk sesibuknye sejak menjak ni...hari ni teringin tuk mencoretkan sesuatu yang ku dapat dari Program Perkembangan staff hari sabtu 26 Februari 2011...hari semalam...

Untuk slot 1..penceramahnye Tuan hj Rahim bin Musthaffa(Pengetua Smk Sg.Isap),dengan tajuknya "Budaya Kerja Cemerlang Asas Keutuhan Organisasi"

Vision-Komuniti yang tanpa wawasan,maka akan lenyaplah warganya...

Mengapa kita bekerja?

"Wahai orang2 yang berilmu,taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan kepada org2 yg berkuasa dr kalangan kamu."(an Nisa 59)

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yg terdaya olehnya"(Al Baqarah 286)

Mencuba sekali lagi lebih baik daripada mencari2 alasan...

Bekerja dengan semangat gotong-royong dan bersepadu fikiran..

Untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang sesuatu kumpulan pekerja itu mestilah bekerjasama,bergotong-royong melaksanakan tugas masing2.

Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat.

"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang tiada menyukar2kan pekerjaan dan yang jernih mukanya dalam menghadapi manusia."
Riwayat Al Baihaqi

#kita akan belajar lebih banyak mengenai sebuah jalan dan menempuhnya,daripada dengan mempelajari semua peta yang ada di dunia..

RENUNGAN:
"Kesilapan seorang doktor,mati seorang pesakit...tetapi kesilapan seorang guru rosak satu generasi..."

PRASYARAT BUDAYA KERJA CEMERLANG...

*Komitmen
*Kesedaran kualiti
*Bersedia menerima perubahan
*Tiada batasan untuk cemerlang

KALAU GURU.....
kalau guru menunggu diarah....
semua kerja kena kerah
kalau guru kurang bersedia...
Dalam kelas banyak bercerita
kalau guru tidak merancang...
Dalam kelas banyak temberang
kalau guru malas membaca...
Ilmu duajar tak tahu punca
Kalau guru sentiasa marah...
murid keluar tak tentu arah
kalau guru perangai bengis...
Ramai murid pasti menangis


kalau.....dan kalau....

hanya seberapa baris ni jer sempat menyalin...
sekadar tuk renungan....dan muhasabah diri!!!

3 ulasan: