\


Rabu, 2 Februari 2011

Lidah Membawa ke Neraka...

Imam Ghazali menyatakan bahawa menjaga lidah sangat sukar dan cukup berat.Lidah adalah anggota yang paling derhaka kepada manusia dan boleh menjadi alat syaitan untuk menipu dan menimbulkan fitnah kebencian sesama manusia.

RASULULLAH BERSABDA YANG DIRIWAYATKAN OLEH AL-KHARAITHI DARIPADA AL-HASSAN A-BASHARI YANG BERMAKSUD:

Sesungguhnya lidah orang mukmin itu terletak di belakang hatinya.Apabila dia berkata sesuatu,maka hatinya akan lebih mengerti sebelum diucapkan menerusi lidahnya.Lidah orang munafik terletak di hadapan hatinya.Apabila ia berkata sesuatu nescaya dilakukan terus dengan lidahnya dan tidak memperdulikan hatinya.

SUDAH LUMRAH MANUSIA,MULUT YANG MEMPUNYAI LIDAH ITU SUKAR DITUTUP.JADI UNTUK MENGGELAKKAN TERKELUAR PERKATAAN YANG TIDAK ENAK DARI MULUT,ELOKLAH BERDIAM DIRI.BERDIAM DIRI LEBIH SELAMAT DAN LEBIH MENJAGA KEHORMATAN DIRI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan