\


Ahad, 31 Julai 2011

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN....


Syukur padamu Ya Allah.....Ramadan datang lagi.......!!!
Ramadan adalah bukti Allah memuliakan hambanya dengan rahmat dan keampunan.Tanda keimanan jelas terpancar pada wajah mereka yg beriman menandakan kegirangan menyambut bulan mulia ini.
Sabda Nabi SAW bermaksud:"Sesiapa bergembira apabila datangnya Ramadan,Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka."(Al-Hadis)
Allah juga menyebut mengenai iman pada permulaan ayat puasa dalam firman bermaksud:"Wahai org yg beriman,diwajibkan ke atas kamu menunaikan ibadat puasa sepertimana diwajibkan ke atas mereka yg datang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa."(Surah Al-Baqarah,ayat 183)
Ibadat puasa dilakukan dengan penuh keikhlasan bagi menyahut seruan Allah serta menuntut keredaanNya menunjukkan keimanan seseorg..
Marilah kita memanfaatkan Ramadan kali ini dengan ibadat berterusan dan memastikan kelainan berbanding tahun lalu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan