\


Sabtu, 9 Julai 2011

Tawaran pengajian....


"1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

ISMABAIZITA BINTI ISMAIL                                                                                                                                                                                                                                                                                                               
                                                                                                                          Ruj. Kami : KP(IPG)8585/600/1/121/( )



TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
AMBILAN JUN 2011 MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)


Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan untuk mengikuti program di atas berdasarkan butiran
berikut:

Bidang Pengajian : PENDIDIKAN ISLAM
Ijazah yang Ditawarkan : IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN
                                                 KEPUJIAN
Tarikh Lapor Diri : 11 JUN 2011 (SABTU)
Tempat lapor Diri dan Berkursus : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUSTENGKU
Masa : 8.30 HINGGA 11.00 PAGI
Tempoh pengajian : EMPAT (4) TAHUN


2. Pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat secara atas talian mulai 6hb Jun hingga 8hb
Jun 2011 melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia. (http://www.moe.gov.my)
3. Surat tawaran ini hendaklah dibaca bersama Perjanjian Pembiayaan Pendidikan Guru,dan Surat Kebenaran Belajar.
4. Tawaran ini akan terbatal dengan sendirinya jika anda:
a) tidak memenuhi syarat asas tawaran ;
b) gagal mengemukakan Dokumen Asal yang diperlukan semasa pendaftaran;
c) gagal melapor diri pada tarikh yang telah ditetapkan tanpa sebarang alasan yang boleh diterima
oleh pihak berkenaan ;
d) disahkan oleh pegawai perubatan mengidap apa-apa penyakit mental atau fizikal yang teruk dan
anda tidak berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini walaupun
pengesahan tersebut diterima selepas anda diterima melapor diri dan sedang berkursus ;
e) disahkan oleh pegawai perubatan atau ahli kimia bahawa anda telah menyalahgunakan dadah
walaupun pengesahan tersebut diterima selepas anda melapor diri dan sedang berkursus ;
f) sedang atau pernah mendapat tajaan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia bagi tujuan
melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda ;
g) masih terikat dengan mana-mana perjanjian latihan ; dan
h) pernah disabitkan dalam kesalahan jenayah.
5. Anda tidak dibenarkan bertukar bidang pengajian dan tempat kursus selain daripada yang
ditetapkan dalam surat tawaran ini.
6. Walau apapun peruntukan/perbekalan dalam surat tawaran ini, Kerajaan berhak meminda apa -
6. Walau apapun peruntukan/perbekalan dalam surat tawaran ini, Kerajaan berhak meminda apa -
apa peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan dan / atau menambahnya pada bila - bila
masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan dan anda tertakluk kepada pindaan - pindaan
tersebut. Kerajaan berhak menarik balik tawaran ini tanpa sebarang memberi sebarang
alasan.


Saya yang menurut perintah,


(DATUK Dr. HAILI BIN DOLHAN)


Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
b.p Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia

 


Alhamdulillah.............Pertama sekali syukur kepada Allah...kerana impian yg 10 tahun berlalu...d makbulkan Allah...nak sambung pengajianku.......tapi baru sekarang rezeki tu datang dan peluang tu ada.......so rebutlah peluang yang ada....!!tapi dalam keadaan dan situasi yang berbeza......kalau 10 tahun dahulu...masih fresh orang kata...erm~~maybe tak banyak masalah....tapi sekarang.........aku dah beranak pinak.....heeeeee....tetapi tetap syukur....cuma takut2 semangatku semakin luntur...dan daya ingatan semakin berkurangan...hu3.....dan ditambah pula beban tugas yang semakin banyak.....
"Orang kata...hendak seribu daya...tak nak seribu dalihnyer......kate aku plak......takot tak terdaya jer.....macam2 plak jadinyer....
Pe2pon....cube dulu baru tau...kan2!bukan senang nak rebut peluang ni....
Dan akhirnyer tanggal 11 Jun yang lalu......berdaftarlah aku sebagai seorang pelajar......gara2 nak bergelar  MAHASITUE......pe2 pon mintak Allah permudahkan segala urusan ku...pe2 niat mesti betul...
Start daripada tu...nak mmbaking...nak mgadun kek dan muffin pun tak sempat...berblog pun tak sempat....letih sangat...tapi kalu lame sangat cam jd tak menentu jer jadiknye...so...minat punye pasal...cr mase jugak mgadun kek dan muffin....terase jiwa ni tenang kembali....heeeeee....
Ya Allah jadikanlah aku ni boleh mengatasi segala2nye.....mental...fizikal.....semangat......bla3...dan juga restu dr my darling....terima kasih kerana memahami.....erm~~kalau lepas ni keadaan jd tak berape nak betul so....harap2 bersabar lah yer...heeee



*mudah2an aku berjaya sampai ke akhir pengajian..........insyaallah......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan